Tuesday, 15 May 2012

Ahli Kumpulan-Ajal di Hujung Jari



  • Siti Nazirah Binti Lizan
  • Zalitatun Binti Zakaria
  • Rohana Binti Arshad
  • Faziah Binti Dol





Brosur-Tak Nak Merokok


Banner - Forum Perdana
ajal di hujung jari
Rabu , 16 Mei 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991

Sentral: Kedai mesra rokok
Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my
2010/08/02

SEGELINTIR pelajar merokok selepas tamat sesi persekolahan.
SEGELINTIR pelajar merokok selepas tamat sesi persekolahan.
  • Jual hasil tembakau kepada pelajar sekolah
  • Tidak peduli denda RM5,000, dipenjara
  • KUALA LUMPUR: Denda maksimum RM5,000 selain penjara dua tahun kepada peniaga yang didapati bersalah menjual rokok kepada remaja berusia bawah 18 tahun, masih tidak ‘menggerunkan’ mereka.
    ‘Sukar mengenal pasti remaja di bawah usia 18 tahun’ dijadikan alasan untuk terus menjual rokok kepada golongan berkenaan adalah pembohongan kerana kebanyakan yang membeli rokok masih berpakaian sekolah.

    Tanpa mengendahkan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 sekiranya ditangkap membeli, memiliki atau merokok, berpuluh pelajar lelaki dari beberapa sekolah di sekitar Jalan Ipoh di sini, menjadikan sebuah kedai sebagai tempat
    pertama tumpuan mereka sebaik saja melangkah keluar dari kawasan sekolah.

    Orang awam yang ditemui berkata, situasi itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan kini lebih ramai pelajar ‘junior’ melakukan perkara sama, apatah lagi selepas melihat ’senior’ mereka begitu bebas menghembuskan asap rokok, tanpa dikenakan sebarang tindakan.
    Ibu pelajar, Faridah Mohamed, 46, yang mengakui anaknya seorang daripada pelajar lelaki yang berani membeli rokok secara terbuka berasa kesal dengan tindakan kebanyakan peniaga mensasarkan pelajar sebagai pelanggan.

    Beliau berkata, masalah itu berlaku kerana pelajar biasanya akan membeli antara satu hingga lima batang rokok yang ternyata menguntungkan peniaga berbanding jualan sekotak rokok kepada pelanggan dewasa.

    “Walaupun ada yang berpendapat penjualan rokok boleh berlaku di mana-mana tetapi peniaga sebenarnya berupaya memainkan peranan membantu ibu bapa dan guru dalam mengekang tabiat buruk ini daripada menular,” katanya kepada Sentral di sini.

    Tinjauan Sentral di kawasan berkenaan sebaik tamat sesi persekolahan pagi mendapati, lebih 20 pelajar mengerumuni kedai berkenaan untuk membeli rokok, selain minuman dan makanan ringan.

    Walaupun kawasan berkenaan dilalui ibu bapa yang mengambil anak mereka di sekolah berhampiran, kumpulan pelajar lelaki terbabit tidak sedikit pun menunjukkan rasa segan menghembus asap rokok di depan khalayak.

    Seorang bapa yang enggan dikenali berkata, pihak sekolah sentiasa berusaha menangani masalah itu apabila menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa.

    “Jadi, saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan ibu bapa dan pihak sekolah lepas tangan dan tidak mengambil apa-apa tindakan.

    “Daripada apa yang saya lihat, masalah ini akan berpanjangan jika peniaga di kawasan ini mengambil sikap mudah menjual rokok kepada pelajar.

    “Mereka perlu ingat, rokok adalah jalan pembuka kepada jenayah lain termasuk dadah apatah lagi jika pelajar berkenaan tidak dapat berfikir dengan matang,” katanya.

    Sementara itu, Roswadi Mohammad, 40, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada peniaga terbabit kerana khuatir pemandangan tidak sihat itu menjadi ikutan pelajar sekolah rendah berdekatan.

    “Undang-undang yang diwujudkan kerajaan dengan mengenakan hukuman kepada peniaga yang menjual rokok kepada pelajar adalah satu tindakan yang betul tapi mungkin penguatkuasaannya longgar menyebabkan masalah ini semakin buruk,” katanya.
     
     

    renung-renungkan..
    kandungan rokok

    pilihan di tangan kamu..
    tak nak..
    Kesan merokok terhadap kesihatan
    Mengapa merokok
    Nampak lebih dewasa ...........
    Matang..........
    Dapat menenangkan fikiran.......
    Mencari ilham...........
        Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
        Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya  masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokokk kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda sepatutnya berasa malu!
    Apakah kesan buruk daripada merokok?    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
        Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.
    Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
      
    Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
        Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
        Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.
        Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
    Kesan atau risiko lain akibat merokok
      
    Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.
        Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.
        Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
        Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda.

    FAKTOR-FAKTOR REMAJA MEROKOK


    Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinak dengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus merebak dalam kalangan remaja.

    Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.

    Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

    Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

    Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

    Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi. Namun begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok. Diharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.






    5 Fakta Sejarah Tentang Rokok - perkara yang menarik yang perlu anda tahu
    1.Tembakau telah digunakan untuk kali pertama lebih daripada 2,000 tahun yang lalu oleh orang Amerika Selatan. Orang-orang Amerika Selatan pertama  yang mencipta rokok Brazil - mereka inilah yang pertama juga menggulung daun tembakau dalam kertas.


    2.Perkataan nikotin dan nicotiana datang dari nama akhir Jean Nicot, salah satu perkataan yang membawa maksud daun tembakau di Perancis.

    3.Tembakau merupakan tanaman utama bagi tanah jajahan Sepanyol dan Amerika. Ia begitu berharga dan mereka juga menggunakan ia sebagai pengganti wang.

    4.Sekeping tanah, tiap-tiap persegi yang kosong itu akan menjadi  tempat   untuk menanam tembakau.

    5.“Reach for a Lucky instead of a Sweet”adalah slogan tahun 1920-an. Pembuat Rokok Lucky Strike mahu masuk ke dalam minda wanita yang menyaksikan berat badan mereka.Jika mereka menghisap rokok ini,berat badan akan berkurang.

    anda saksikan gambar-gambar  iklan Anti-Merokok disini
     merokok akan menyebabkan anda hilang keluarga anda





    Paru-paru anda akan perlahan-lahan mereput seperti ini


    setiap bara api yg membara dirokok seperti anda membakar duit anda sendiri


     WALAUPUN penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contoh di Malaysia apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21 peratus pada 1985 kepada 31 peratus pada 2000.
    Persatuan Perubatan Malaysia bertajuk “Action on Smoking and Health” melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka menghisap rokok hampir 10 batang sehari.
    Laporan itu juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion.
    Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok sendiri, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia.
    Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan merokok dan penagihan tembakau yang lain bertanggungjawab terhadap satu kematian dalam setiap 10 orang dewasa di seluruh dunia – kira-kira 5 juta kematian setahun.
    Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok individu, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang. Antara contoh yang perlu diberi perhatian adalah seperti di bawah:
    ·         Satu kajian yang dijalankan di kalangan 5,000 lelaki Cina menunjukkan bahawa 60 peratus daripada mereka yang merokok lebih daripada sekotak sehari berkemungkinan mengalami disfungsi ereksi atau ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang tidak pernah merokok.
    ·         Wanita yang merokok lebih berkemungkinan mengalami kesukaran untuk mengandung, komplikasi ketika hamil dan risiko keguguran yang lebih tinggi.
    ·         Satu kajian dijalankan di Pusat Biologi Perinatal di California menemui bukti bahawa wanita yang terus merokok ketika hamil memberi kesan negatif pada jantung janin.
    ·         Menurut kajian yang dijalankan di Finland mendapati asap daripada rokok boleh merosakkan fungsi arteri kanak-kanak. Laporan itu diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika, Circulation, membabitkan 400 kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun. Selain itu, asap daripada rokok juga menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan dan masalah telinga. Serangan penyakit itu lebih teruk dan kerap di kalangan kanak-kanak yang menghidap asma. Semua ini menunjukkan kesan rokok bukan terbatas kepada generasi semasa, tetapi harus ditanggung oleh generasi yang akan datang. Malah, WHO menganggarkan bahawa ketagihan tembakau akan membunuh kira-kira 10 juta orang setahun menjelang 2020, dengan 70 peratus kematian berlaku di negara membangun.
    Sungguhpun pelbagai usaha dilakukan di seluruh negara oleh kerajaan dan pakar penjagaan kesihatan profesional, ketagihan tembakau (sebahagian besarnya dalam bentuk rokok) di negara ini tetap pada angka yang membimbangkan.
    Memang tidak dapat dinafikan amat sukar bagi kebanyakan orang untuk berhenti merokok kerana ia bukan ketagihan fizikal semata-mata. Walaupun nikotin adalah punca utama ketagihan rokok, tabiat menghisap rokok juga satu ritual atau amalan psikologi dan emosi bagi kebanyakan perokok.
    Namun, ada cara yang berkesan untuk membantu perokok menghentikan tabiat merokok. Ia dengan menggabungkan rawatan seperti terapi penggantian nikotin (NRT)dan perubahan gaya hidup. Apa yang utama kesungguhan dan keazaman untuk berhenti merokok